June 24, 2011

zaman mIRC

Salam. hai semua. aku penulis baru dalam blog Pencerita Jalanan setelah dioffer oleh Da Lovac. Isu yang aku nak bincangkan harini ialah, mIRC. aku tertarik dengan entry yang ditulis oleh The Other Khairul, tajuk Kenangan ber-chatting di mIRC


kenangan gila time zaman jahilliah dulu-dulu. dulu kan mana ada internet macam sekarang. tak mampu lagi time tuh nak berinternet bagai ni. kena pergi cyber cafe lah nampaknya. nak dijadikan cerita, ada seorang kawan memperkenalkan mIRC kat aku. tak pasti siapa. itulah start segalanya.

dah cuba-cuba, dah lama addicted pulak.  teringat masa kat kampung, aku dan dua orang sepupu aku dengan gigihnya pergi ke cyber cafe (cc) dekat pekan rembau. okay. bayangkan, kampung aku dekat pilin. nak pergi ke pekan rembau. pilin ke rembau tuh mau makan setengah jam. lama kann? naik bas reramai. time tuh pulak bulan puasa. lagi gila. tapi, aku tak puasa pun time tuh. sebab demam. cehh. demam-demam pun sanggup turun ke pekan rembau tuhh. haha.

dah sampai sana, pergilah ke cc tuh. dengan harapan cc tuh tak tutup. kalau tutup, habislah usaha kitaorang. okay. nasib baik bukak. sampai sana, apa lagi, terus menjalankan operasi berchatting. haha. mIRC begitu popular time tuh tau.

aku selalu gunakan nickname ^syasya91^. see. nama tuh cun kann? sebab nama tuh ramai lelaki nak chating dengan aku. sampai tak terlayan. tab-tab yang kat bawah tuh, penuh dengan chat dari lelaki mostly. haha. ada yang bagi nombor telefon. aku amek jeh. janji nak kol. tapi, kita kan bebudak lagi time tuh, mana ada handphone. public phone adalah. 

lepas dah amek no telefon, aku janji nak misskol, tapi, tak sempat nak kol sebab ramai sangat nak chat dengan aku. abang tuh siap kata, 'cepatlah kol. saya dah standby dah ni.' aku pun macam what the fish. so, aku biarkan jelahh. maleh nak layan. ramai lagi yang tak terlayan. haha.

banyak lagi sebenarnya kenangan mIRC ni. korang mesti penah try kann? tipulahh tak pernah. ekekekke. 

Jom kongsi nak tak? Nak tahu gak cerita korang camner. *wink*

itu sahaja lahh. jumpa di next entry, Insya-Allah. Salam.



No comments: