June 23, 2011

Kenapa saya jatuh cinta?

kata orang tak kenal maka tak cinta
cinta itu kadang-kadang hadir tanpa kita sedar
tiba-tiba ja dah ter-suka.eh?

kata orang jugak, jangan benci-benci
takut nanti tiba-tiba tersuka
macam mana?

ok tukar topik kejap.
bumi yang kita pijak adalah bumi yang sama
(eh tadi soal jatuh sana sini tapi kenapa sekarang cakap pasal bumi?geografi kah?)
yang membezakan kita cuma mungkin warna kulit rambut dsbg-nya
manusia dicipta berlainan, banyak yang kita dapat belajar antara satu sama lain
jadi dalam proses perkenalan mungkin kita akan terjatuh cinta
(ha ada sync sikit kan dengan statement mula-mula?) hehe

dulu masa di Malaysia, saya masih hidup dalam dunia kita, masyarakat Melayu
saya takut.macam mana kalau tak boleh hidup di tempat orang nanti
ya lah...mungkin mereka bukan macam kita, mereka lain, kita lain
bukan kah kita hidup dalam masyarakat yang berpegang kepada adat dan adab?menjaga tatasusila?

lepas hampir setahun di sini, ada beberapa perkara yang membuatkan saya jatuh cinta, bukan pada seseorang
tapi pada orang-orangnya dan tempatnya
walaupun tempat ni orang kedah boleh cakap "ceruk ulu mana tah"
tapi saya suka.kenapa?

1. orang-orangnya peramah.suka tersenyum.tepi jalan selisih?kat kedai buku?atas bas?sana sini.ok.tolak tepi juga mungkin ada yang masih stereotype dengan kehadiran orang Asia.tapi kebanyakkan semua ramah.ada orang cakap setiap kali berjumpa "Hi, how are you today?" mungkin cuma salah satu adab mereka.manner.mungkin kadang-kadang tak ikhlas pun(takda eye connection) tapi itu sudah cukup untuk buatkan seseorang rasa selesa di dalam 'crowd'.

2. di simpang jalan jarang-jarang tunggu kereta lalu.selalunya pejalan kaki/penunggang basikal yang diberu laluan terlebih dahulu.kadang-kadang kalau saya nampak kereta makin dekat pun selamba sahaja lintas jalan sebab dah tahu mereka akan berhenti. pernah saya berbual dengan rakan, kalau buat macam ni kat tanah air mungkin dah lama arwah. he~ mereka akan utamakan orang yang lebih lemah/kecil. 

3. manners. selalu di kampus, mana-mana pun, lelaki akan bukakan pintu untuk perempuan kalau nak masuk ke tempat yang sama.ok mungkin saya agak bias di sini.ahaha.ada juga sesetengah waktu, yang tua diutamakan atau warga kurang upaya diutamakan.

4. selalu kita lihat dalam cerita-cerita orang putih, orang-orang muda sana sini bergaul bebas.itu adalah salah satu benda yang saya asyik fikir sebelum jejak kaki di sini.sampai sekarang saya rasa orang-orang di sini lebih menjaga pergaulan mungkin.tak pernah/jarang saya nampak lelaki dan perempuan berpeluk-peluk di tempat awam.kiss-kiss tu tak payah cakap la.tak ada pun. -.- pelik kan? pada saya mereka menghormati institusi pendidikan. mereka juga tak pernah bersembang dalam kelas.waktu pensyarah bercakap mereka tumpu(ada la dua tiga kerat facebook-ing). budaya mereka study hard, play hard.

5. mereka juga tepati waktu.kelas pukul 9pagi, 9 pagi dah mula.habis pukul 10 pagi, 10 pagi lah habis.tapi 9.55pagi dah kemas-kemas barang.kelam kabut kami pelajar baru masa baru sampai sini tengok mereka.

setakat ini tu la kot norms, manners yang saya rasa sangat menonjol di mata saya.kadang-kadang saya rasa mereka lebih Melayu dari saya, lebih Islam dari saya juga.(ya kah?). yang baik patut dicontohi, yang buruk tu jangan la diikut pulak. kerana benda-benda yang kecil macam ni lah membuatkan saya jatuh cinta dengan tempat ni walaupun hakikatnya saya macam terbuang di tengah-tengah benua.

hehe sekian.
salam dari perantauan. :p (koya)