June 25, 2011

Saya tiada dara! So?

Aku bukanlah blogger tegar yang boleh update blog selalu. Ada mood, jari aku lancarlah bantai ayat apa-apa je dalam satu atau dua tiga entri. Takda mood, jawabnya bersawanglah blog tu.

Aku juga bukan seorang yang rajin sangat nak tahu kes-kes 'hot' yang berlaku dalam masyarakat kita. Kadang tu, dah ramai orang sibuk mengata-ngata pasal benda tu, aku masih lagi tercari-cari apa benda diorang cakap ni?

Ok lah! direct to the point! baru-baru ni aku terbaca beberapa blog yang menegur atau menasihati dan ada juga yang mengutuk seorang blogger perempuan yang umur belum pun sampai 18 tahun. So kira blogger pucuk muda lah... huhuhu.

Tetapi apa yang buat cerita ni makin panas ialah, adik tu (mungkin lebih senang gelar blogger tu macam ni)... dengan terang menyatakan yang dia dah tak ada dara. Well, untuk buat lebih panas, dia baru je berumur 14 tahun! sebaya dengan adik perempuan bongsu aku yang bagi aku masih macam budak sekolah rendah!

perkara-perkara macam ni (perempuan yang dah tak ada dara) mungkin dah jadi perkara biasa untuk orang-orang yang dah biasa hidup dalam suasana yang bebas dan moden. so bagi mereka, benda macam ni hal remeh-temeh, tak payah fikir sangat.

kalau kita nak cakap pasal hukum hakam, memang dah terang-terang benda ni salah lah kan? tapi, kalau cakap terus kepada aspek agama, korang rasa apa yang 'mereka' ni akan jawab??... orang-orang macam ni dah biasa dengan kehidupan macam tu dan mereka dah tak kisah dengan hal-hal agama ni. kau terang siap dengan ayat al-quran dan hadis pun diorang takkan dengar.

dan... sebab itulah sekarang ni, makin ramai yang sudah mula rasa seronok hilang dara! siap dihebohkan kepada orang lain. kalau kat negara Barat mungkin perkara biasa bagi mereka, sampaikan timbul kenyataan "you are 15 but you still virgin??"

entahlah! aku kah yang ketinggalan zaman atau kebanyakkan budak perempuan zaman sekarang cepat sangat matang sampaikan dan tahu dan pakar hal-hal dewasa macam tu. kalau zaman dulu, kau cakaplah kau dah hilang dara, mahu mati kau kena pukul terajang semua dengan mak ayah kau. kalau yang kira boleh ampun tu, mak ayah kahwinkan kau dengan lelaki tu.

bila ada kes-kes hilang dara, terlanjur or dengan sengaja, mesti ada kes 'termengandung', lepas tu esok-esok, ada pula kes buang bayi. negara kita ni dah macam jadi negara buang bayi. tiap-tiap minggu ada je kes-kes buang bayi.

actually, aku tertarik juga dengan entri sebelum ni oleh Chocofiz : Kenapa saya jatuh cinta? dalam tu dia ada cakap pasal perangai orang-orang putih kat tempat dia belajar. Dia jarang nampak lelaki dan perempuan berpeluk-peluk atau kiss depan public. So, kalau nak cakap yang sesetengah kita ni terpengaruh dengan kelakuan mereka, mungkin ya mungkin tidak. bergantung dengan keadaan.

dalam satu kes, ada juga aku pernah baca komen seorang pembaca pasal buang bayi. Dia terang-terang cakap orang Melayu ni bodoh! mula-mula tu aku nak marah juga sebab dia pun Melayu, tapi then bila baca yang, orang Barat, walaupun mereka ni hidup dengan seks bebas, tapi mereka jarang atau mungkin tak pernah berlaku kes buang bayi, sebab mereka pakai perlindungan semasa seks, tak kisahlah kondom ke atau pil, tapi itu cara mereka. orang Melayu pula, main bantai je... hahaha, entahlah! dia marah sangat kot tu pasal komen macam tu.

tapi! bagi aku... kalau kita sedar siapa kita? apa agama kita? bagaimana budaya kita? dan kita hormati cara masyarakat kita hidup, benda-benda macam ni takkan berlaku. budak perempuan yang bangga dengan status bukan dara... bukan sesuatu elok pada pandangan masyarakat kita. bagi aku sendiri aku rasa benda macam tu jijik.

cuma sedikit pendapat dikala malam... huhuhu. sekian,

p/s: DaLovac, thanks jemput aku jadi penulis kat sini...
p/s/s: aku tengok orang lain dah start publish entri masing-masing, 
aku pun main bantai je dengan idea macam ni. hehehehe

2 comments:

Chocofiz(Nor Yusoff) said...

hoho nice...pernah terdengar2 desas desus pasal kes blog budak ni.
sini kalau ada yang ter-mengandung tu still pergi sekolah, pergi kolej dan ada klinik/tempat khas untuk remaja bermasalah macam ni.
lagi satu nurse tiap2 minggu ada datang untuk check perkembangan ibu dan baby tu(macam client la) mungkin sebab tu boleh bendung kes buang bayi.

e y r a . t a j u d d i n said...

oh... saya suka membaca. sedih jadik malaysians. sebenarnya, kesedaran di kalangan teens-young adults ttg seks, making babies, how to SAVE and SOLVE your merely-accident-pregnancy... lalalala... adalah kurang di negara kita. sekarang, selepas bertahun-tahun... barulah!

apapun, sedih lagi pasal blogger 14y.o tu... banyak terpengaruh dgn citer2 barat kot. org barat tak semua mcm tu.. tapi cerita barat yg jadik kegilaan kt mesia selalunya... begitu :D