June 29, 2011

Perjalanan Penghisap Shisha

Aku nak citer pasal ape tu shisha...
sblom tuh biar aku citer perjalanan aku dulu...

dulu mase aku duk bangi....bole dikatekan stiap hari aku isap shisha...
tidak nafikan aku rindu saat itu..bershisha dgn kawan2....skang semua dah pulang ke hometown masing2...
cmne aku tak slalu shisha...clasmate aku sndiri bukak kdai shisha...lpas tu kat umah aku pun ade balang shisha..
kalo tak pgi kdai...isap kat umah je...miss that moment...
bg aku shisha ni lebih merapatkan hubungan aku dgn kawan2 aku,,,dan mungkin juga dapat kawan2 baru sampai kteorg buat group kat fb ShishaLocca dan wujudnya ayat ""Shisha...Menyatukan""..hahaha...tu je la kebaikkan shisha...yg lain semua tak baek kot haha...
ade 1 mase yg kecoh kat tv pasal shisha tuh...hari2 mak aku kol tanya pasal shisa...n tanya isap lg ke bende tuh?...haha..aku rase cm dadah plak....
ape2 pun aku dah terjebak...walopon byk buruk dari baeknyher....aku tetap gak isap...cuma skang ni aku dapat isap seminggu atau 2minggu sekali je..hehe

Bercerita mengenai shisha..


Shisha berasal dari India, sekitar abad ke-16 Masihi, sewaktu pemerintahan Empayar Islam Mughal berikutan pengenalan tembakau oleh para pedagang Eropah. Hakim Abu’l Fath Gilani, seorang ahli fizik berasal dari Gilan, iaitu sebuah wilayah di utara Iran, yang berhijrah ke India, menyedari akan kegilaan baru di kalangan golongan elit Mughal, iaitu menghisap tembakau, telah mereka cipta satu alat yang membolehkan asap tembakau melepasi air bagi tujuan ‘menyucikannya’.Melalui Asad Beg, iaitu Duta Bijapur, ia diperkenalkan kepada Maharaja Akbar yang memerintah ketika itu. Ekoran itu, shisha menjadi popular di kalangan golongan elit India sebelum merebak AsiaTengah dan seluruh dunia.

Dalam sebuah shisha terdapat lima komponen penting – kepala, batang paip, balang air, hos dan muncung paip. Langkah penyediaannya pula cukup begitu mudah. Hanya masukkan tembakau yang diperam dengan ekstrak buah-buahan yang berperisa (epal, vanilla, nanas, strawberi, dll dsb) ke dalam bahagian kepala shisha dan diletakkan arang di atasnya. Tembakau dan arang selalunya dipisahkan dengan kepingan aluminium di antara kedua-duanya.Apabila arang dipanaskan, lubang yang terdapat di bahagian bawah kepala shisha akan membenarkan asap yang terhasil menuruni batang paip dan terus masuk ke dalam balang air yang separuh terisi air. Gelembung-gelembung udara kemudian terhasil dan asap dibawa bersama-sama wap air melalui hos terus ke muncung paip.




ah...besnyer...haha

Buat mase ni aku dan shisha memang takleh nak di pisahkan...haha...
kepada yg tak pernah cuba..jgn la cuba...sbb shisha sgt byk buruk dari baeknyer..

mekasih sbb sudi bace perjalanan shisha aku yg aku dah ringkaskan ni..hehe

No comments: