August 22, 2011

Personaliti

Kita lebih suka tengok orang lain jatuh..

Kita lebih suka tengok orang lain sakit..

Kita lebih suka tengok orang lain susah disebabkan kita..

Kita lebih suka menyimpan dendam dengan orang…

Kita lebih suka berfikiran negatif berbanding positif…

Kita lebih suka tunding jari dari mengaku diri sendiri…

Kita lebih suka mengangungkan manusia berbanding Tuhan…

Kita lebih suka mementingkan kawan dari ibu bapa sendiri…

Kita lebih suka mencari dosa tetapi menyebut mahukan pahala…

Kita lebih suka membenci orang lain disebabkan lebih sedikit dari kita..

 

 

 

 

 

 

 

 

P.S: Nak tambah? Ce komen.

August 17, 2011

Baju Cinta

 Setelah sekian lama tidak menziarah cucunya, seorang nenek telah pergi ke KL untuk menziarah cucunya yang dirindui itu. Sampai sahaja di rumah cucunya, betapa terkejutnya dia kerana terlihat cucu perempuannya bertelanjang bulat sambil membuka pintu rumah. Neneknya pun bertanya, “Kenapa kau terlanjang bulat ni cu?” “Ooo nenek, saya sedang menunggu suami saya dengan baju cinta ni” jawab cucunya.

“Baju cinta? biar betul cu ni?” kata neneknya lagi. “Betul nek, suami saya suka saya pakai baju cinta ni” jawab cucunya. “Nenek masuk dulu dalam bilik eaa, nanti malu pulak suami saya tengok nenek ada kat sini. Suami saya mungkin malu bila saya pakai baju cinta ni dan nenek ada juga.” “Ok lah cu, nenek masuk bilik dulu” kata neneknya.
Pada keesokan harinya, neneknya pun mengambil keputusan untuk pulang ke kampung setelah puas berjumpa dengan cucunya.  Dipendekkan cerita, dalam perjalanan pulang, si nenek teringat akan baju cinta cucunya. Lantas, si nenek pun berfikir untuk membuat perkara yang sama pada suaminya.
Sampai sahaja di rumah, si nenek pun dengan pantas membuka baju tanpa meninggalkan seurat benang pun di badannya dan menyolek mukanya sambil menunggu si atok pulang. Beberapa minit kemudian, si atok pun pulang dan terkejut besar sambil berkata, “Oii!! apa awak ni? terbogel macam ni, dah buang tebiat nak mampus ke? “Eh abang ni, tak romantik langsung la.. ni kan baju cinta kita” Si nenek jawab sambil tersenyum menggoda.
“Baju Cinta!!? ooo.. gitu.. kalau ye pun gosok la dulu baju tu, nampak sangat kedutnya…” kata atuk sambil berlalu..

August 16, 2011

Ramadhan Malaysia

Persiapan raya di sebelum bermula puasa.
Kampung mana tahun ini.
Majlis berbuka puasa dihotel berbintang dengan dendangan artis.
Langsir, sofa, karpet dan tivi baru untuk raya.
Berniaga di bazar ramadhan ke tidak.
Penat berniaga terus goyang kaki, lupa terawih.
Nafsu makan berbuka wajib dipenuhi.
Mercun anak-anak berapa kotak sudah beli.
Hari ke 10 ramadhan, lagu raya berkumandang.
Yang jauh sibuk membeli tiket.
Masing-masing sibuk untuk raya.







Nak tambah?

Don’t give up...Because you are loved

Don’t give up
It’s just the weight of the world
When your heart’s heavy,
I will lift it for you
Don’t give up
Because you want to be heard
If silence keeps you,
I will break it for you

Everybody wants to be understood
Well I can hear you
Everybody wants to be loved
Don’t give up
Because you are loved

Don’t give up
It’s just the hurt
That you hide
When you’re lost inside,
I’ll be there to find you

Don’t give up
Because you want to burn bright
If darkness blinds you
I will shine to guide you

Everybody wants to be understood
Well I can hear you
Everybody wants to be loved
Don’t give up
Because you are loved

July 27, 2011

ramadan makin hampir

sudahkah kita bersedia, fizikal?mental?spiritual?
dah plan apa pengisian ramadan atau dah plan apa pengisian raya nanti?
30 Hari Mencari Cinta si Dia
ayuh! :]

p/s : selamat menyambut ramadan al-Mubarak.serius tak sabar.oh puasa di kala Summer = 16 jam.moga diberi kekuatan.

July 1, 2011

Kita sebenarnya lebih suka…

Adakah ini kita sebenarnya...???

1) Kita sebenarnya.....Lebih gembira menyambut 1hb Januari drp 1
Muharram.

2) Kita sebenarnya.....Lebih tahu apa itu 14hb Februari drp 12
Rabiulawal.

3) Kita sebenarnya.....Lebih membesarkan hari Sabtu,Ahad drp hari
Jummat.

4) Kita sebenarnya....Lebih Khusyuk mendengar lagu drp mendengar Azan.

5) Kita sebenarnya....Lebih suka lepak,tidur,tengok TV drp Sembahyang.

6) Kita sebenarnya....Lebih tahu tentang artis pujaan kita drp nama
nabi-nabi kita.

7) Kita sebenarnya....Lebih suka menyebut Hello!..Hai! drp
Assalamualaikum.

8) Kita sebenarnya....Lebih suka menyanyi drp berwirid,bertahmid.

9) Kita sebenarnya....Lebih suka memuji manusia drp Tuhan kita sendiri.

10) Kita sebenarnya...Lebih suka membaca majalah hiburan drp buku-buku
agama.

11) Kita sebenarnya...Lebih suka ke konsert,karaoke drp ceramah agama.

12) Kita sebenarnya...Lebih suka memaki,mengumpat orang drp mengingati
kebaikan orang.

13) Kita sebenarnya...Lebih suka mencarut apabila kita melatah drp
menyebut nama Allah.

14) Kita sebenarnya...Lebih suka kemungkaran drp berbuat kebaikan.

15) Kita sebenarnya...Lebih bangga dengan kejahilan kita drp bersyukur
dgn keimanan kita.

16) Kita sebenarnya...Lebih suka bersekokong dgn pemeritah yang
melakukan kezaliman drp pemeritah yang baik.

17) Kita sebenarnya...Lebih cintakan Duniawi drp Akhirat.

TETAPI BILA ORANG TANYA ARAH TUJUAN KITA,KITA PASTI AKAN MENJAWAB KITA SEBENARNYA......LEBIH SUKA MENUJU KE SYURGA DRP KE NERAKA.
LAYAKKAH KITA DENGAN SYURGA MILIK ALLAH S.W.T..?????.
SAMA-SAMALAH KITA RENUNGKAN

 

 

Source: Here

June 29, 2011

Perjalanan Penghisap Shisha

Aku nak citer pasal ape tu shisha...
sblom tuh biar aku citer perjalanan aku dulu...

dulu mase aku duk bangi....bole dikatekan stiap hari aku isap shisha...
tidak nafikan aku rindu saat itu..bershisha dgn kawan2....skang semua dah pulang ke hometown masing2...
cmne aku tak slalu shisha...clasmate aku sndiri bukak kdai shisha...lpas tu kat umah aku pun ade balang shisha..
kalo tak pgi kdai...isap kat umah je...miss that moment...
bg aku shisha ni lebih merapatkan hubungan aku dgn kawan2 aku,,,dan mungkin juga dapat kawan2 baru sampai kteorg buat group kat fb ShishaLocca dan wujudnya ayat ""Shisha...Menyatukan""..hahaha...tu je la kebaikkan shisha...yg lain semua tak baek kot haha...
ade 1 mase yg kecoh kat tv pasal shisha tuh...hari2 mak aku kol tanya pasal shisa...n tanya isap lg ke bende tuh?...haha..aku rase cm dadah plak....
ape2 pun aku dah terjebak...walopon byk buruk dari baeknyher....aku tetap gak isap...cuma skang ni aku dapat isap seminggu atau 2minggu sekali je..hehe

Bercerita mengenai shisha..


Shisha berasal dari India, sekitar abad ke-16 Masihi, sewaktu pemerintahan Empayar Islam Mughal berikutan pengenalan tembakau oleh para pedagang Eropah. Hakim Abu’l Fath Gilani, seorang ahli fizik berasal dari Gilan, iaitu sebuah wilayah di utara Iran, yang berhijrah ke India, menyedari akan kegilaan baru di kalangan golongan elit Mughal, iaitu menghisap tembakau, telah mereka cipta satu alat yang membolehkan asap tembakau melepasi air bagi tujuan ‘menyucikannya’.Melalui Asad Beg, iaitu Duta Bijapur, ia diperkenalkan kepada Maharaja Akbar yang memerintah ketika itu. Ekoran itu, shisha menjadi popular di kalangan golongan elit India sebelum merebak AsiaTengah dan seluruh dunia.

Dalam sebuah shisha terdapat lima komponen penting – kepala, batang paip, balang air, hos dan muncung paip. Langkah penyediaannya pula cukup begitu mudah. Hanya masukkan tembakau yang diperam dengan ekstrak buah-buahan yang berperisa (epal, vanilla, nanas, strawberi, dll dsb) ke dalam bahagian kepala shisha dan diletakkan arang di atasnya. Tembakau dan arang selalunya dipisahkan dengan kepingan aluminium di antara kedua-duanya.Apabila arang dipanaskan, lubang yang terdapat di bahagian bawah kepala shisha akan membenarkan asap yang terhasil menuruni batang paip dan terus masuk ke dalam balang air yang separuh terisi air. Gelembung-gelembung udara kemudian terhasil dan asap dibawa bersama-sama wap air melalui hos terus ke muncung paip.




ah...besnyer...haha

Buat mase ni aku dan shisha memang takleh nak di pisahkan...haha...
kepada yg tak pernah cuba..jgn la cuba...sbb shisha sgt byk buruk dari baeknyer..

mekasih sbb sudi bace perjalanan shisha aku yg aku dah ringkaskan ni..hehe

June 27, 2011

kelawar.

aku ada seorang sepupu. adam namanya. masih kecil. darjah satu tahun ni.  tapi, cukup cerdik. banyak cakap.

kisah ini terjadi kat kampung. waktu malam. masa nak tidur. mak sedara (mak andak) aku ini kira orang baru dalam family kami. then......

adam: mak andak, nak tengok sesuatu tak?
mak andak: apa dia?
adam: tuuu. tengok atas.
mak andak: *dia tengok lah atas. rupa-rupanya ada kelawar tengah bergayut kat atas tu*

nasib baik mak andak aku tu cool orangnya. tak ada lah nak menjerit. kat kampung aku tuh, loteng memang menjadi sarang kelawar. tak payah nak pergi kat luar. dalam rumah pun bolehh. tapi, aku cukup geli dengan kelawar. meremang dah bulu roma. -.-'

Cuaca yang tidak menentu

Just nak share apa yang ada dekat sini :D
1 jam dari tempat saya. tapi saya sendiri masih belum cukup 'bertuah' nak tengok depan mata.

Link : Tornado in Nebraska

June 26, 2011

Promosi

Salesman: Abang, meh daftar, berokband terbaru. ada promosi. Guna sebulan free.
Anon: Ye ke free. Ce cite sikit.
Salesman: Bagi ic, saya buka akaun, modem percuma, internet percuma untuk bulan pertama.
Salesman:..tapi kena bayar fee untuk daftar ni..
Anon: Berapa?
Salesman: Seratus tunai…
Anon: Okeh..*hulur duit
Salesman: Balik ni dalam tempoh 2jam dah boleh guna..terima kasih abang..[dalam hati:kahkahkah bodoh piang ini customer"]
**sebulan kemudian
Anon: Babi punya salesman, kencing gua..kata free satu bulan..RM300 ni hape..keparat a^S*D^*%&#!
Anon: Bodoh piang punya diri sendiri.











P.S: Salesman memang mulut manis. Celake tak celake..itu salesman.
Source: Dalovac

June 25, 2011

Kita

[Mode: Meet Uncle Hussain ft Black - Drama King]

A : Kecoh pasal root beer tu haram tapi ada berapa percent ja alcohol dalam tu.
B : Yang 100percent pun ada yang duk teguk, tak bising pulak..
A : Erm..macam tu perfume pun haram sebab alcohol tu yang bagi bau wangi..
B : . . .

*****

A : Gua rasa gua nak berubah bila nak kawen ke tua sikit ke..enjoy la dulu..hidup hanya sekali what..
B : Agak-agak mat rempit yang mati eksiden tu sempat nak tunggu tua untuk bertaubat?
A : Itu masa dia dah sampai nak buat macam mana...
B : Agak-agak tengah clubbing tak boleh mati?
A : . . .
*****
A : Gua kan umat nabi muhammad, mukmin la tu.
B : Perasan mukmin, bangun subuh pun liat..tu tak termasuk pakai short nampak kepala lutut..
A : . . .
 *****

A: Allah kan maha pengampun..tunggu ada anak-anak baru bertaubat, baru tolak duniawi.
B: Kena tak sempat kahwin, mau menjawab dalam kubur mintak nak kahwin dulu?
A: . . .
*****
A : Saya nak saman awak, keluar kad pengenalan, lesen..tapi kalau nak settle senang boleh..mau?
B : Saya takut nanti saya kena settle dengan Allah susah, tak apalah...
A : . . .
*****
A : Gua solat tak tinggal, sedekah selalu, masjid on time, jiran tu macam kawan gua..so apa lagi..?
B : Cakap dengan mak bapak pun hissh husshh ishhh ahhh, ade hati nak masuk syurga.
A : . . .
*****
A : Gua ok what, pakai tudung jugak berbanding dengan minah tak pakai tudung..
B : Pakai tudung sanggul macam bongol unta, ada hati nak cakap..
A : . . .
*****
A : Gua ok what, pakai tudung jugak berbanding dengan minah tak pakai tudung..
B : Pakai tudung  tapi seluar ketat baju ketat, nak jamin masuk syurga?
A : . . .
*****
A : Gua lelaki maskulin, kena la jaga hubungan sosial dengan awek-awek sepejabat, nanti tak pasal kata gua sombong..takat pegang-pegang, tepuk-tepuk bahu, salam tu normal lah..
B : Sombong tu la nak selamat lu dari neraka nanti.
A : . . .
*****
A : Gua harap anak-anak gua doakan gua bila gua tak ada nanti..
B : Anak-anak pun tak tahu didik, freehair sana sini, berkepit perempuan siang malam, agak-agak tahu ke doa tu apa?
A : . . .
*****
A : Lu ni kan, perfect sangat ke nak nasihat gua macam-macam, solat pun belum tentu cukup..
B : Janji terlepas dari azab tak saling ingat-mengingati..tak ade la kena tarik masuk neraka sekali..
A : . . .




Source: DaLovaC

Saya tiada dara! So?

Aku bukanlah blogger tegar yang boleh update blog selalu. Ada mood, jari aku lancarlah bantai ayat apa-apa je dalam satu atau dua tiga entri. Takda mood, jawabnya bersawanglah blog tu.

Aku juga bukan seorang yang rajin sangat nak tahu kes-kes 'hot' yang berlaku dalam masyarakat kita. Kadang tu, dah ramai orang sibuk mengata-ngata pasal benda tu, aku masih lagi tercari-cari apa benda diorang cakap ni?

Ok lah! direct to the point! baru-baru ni aku terbaca beberapa blog yang menegur atau menasihati dan ada juga yang mengutuk seorang blogger perempuan yang umur belum pun sampai 18 tahun. So kira blogger pucuk muda lah... huhuhu.

Tetapi apa yang buat cerita ni makin panas ialah, adik tu (mungkin lebih senang gelar blogger tu macam ni)... dengan terang menyatakan yang dia dah tak ada dara. Well, untuk buat lebih panas, dia baru je berumur 14 tahun! sebaya dengan adik perempuan bongsu aku yang bagi aku masih macam budak sekolah rendah!

perkara-perkara macam ni (perempuan yang dah tak ada dara) mungkin dah jadi perkara biasa untuk orang-orang yang dah biasa hidup dalam suasana yang bebas dan moden. so bagi mereka, benda macam ni hal remeh-temeh, tak payah fikir sangat.

kalau kita nak cakap pasal hukum hakam, memang dah terang-terang benda ni salah lah kan? tapi, kalau cakap terus kepada aspek agama, korang rasa apa yang 'mereka' ni akan jawab??... orang-orang macam ni dah biasa dengan kehidupan macam tu dan mereka dah tak kisah dengan hal-hal agama ni. kau terang siap dengan ayat al-quran dan hadis pun diorang takkan dengar.

dan... sebab itulah sekarang ni, makin ramai yang sudah mula rasa seronok hilang dara! siap dihebohkan kepada orang lain. kalau kat negara Barat mungkin perkara biasa bagi mereka, sampaikan timbul kenyataan "you are 15 but you still virgin??"

entahlah! aku kah yang ketinggalan zaman atau kebanyakkan budak perempuan zaman sekarang cepat sangat matang sampaikan dan tahu dan pakar hal-hal dewasa macam tu. kalau zaman dulu, kau cakaplah kau dah hilang dara, mahu mati kau kena pukul terajang semua dengan mak ayah kau. kalau yang kira boleh ampun tu, mak ayah kahwinkan kau dengan lelaki tu.

bila ada kes-kes hilang dara, terlanjur or dengan sengaja, mesti ada kes 'termengandung', lepas tu esok-esok, ada pula kes buang bayi. negara kita ni dah macam jadi negara buang bayi. tiap-tiap minggu ada je kes-kes buang bayi.

actually, aku tertarik juga dengan entri sebelum ni oleh Chocofiz : Kenapa saya jatuh cinta? dalam tu dia ada cakap pasal perangai orang-orang putih kat tempat dia belajar. Dia jarang nampak lelaki dan perempuan berpeluk-peluk atau kiss depan public. So, kalau nak cakap yang sesetengah kita ni terpengaruh dengan kelakuan mereka, mungkin ya mungkin tidak. bergantung dengan keadaan.

dalam satu kes, ada juga aku pernah baca komen seorang pembaca pasal buang bayi. Dia terang-terang cakap orang Melayu ni bodoh! mula-mula tu aku nak marah juga sebab dia pun Melayu, tapi then bila baca yang, orang Barat, walaupun mereka ni hidup dengan seks bebas, tapi mereka jarang atau mungkin tak pernah berlaku kes buang bayi, sebab mereka pakai perlindungan semasa seks, tak kisahlah kondom ke atau pil, tapi itu cara mereka. orang Melayu pula, main bantai je... hahaha, entahlah! dia marah sangat kot tu pasal komen macam tu.

tapi! bagi aku... kalau kita sedar siapa kita? apa agama kita? bagaimana budaya kita? dan kita hormati cara masyarakat kita hidup, benda-benda macam ni takkan berlaku. budak perempuan yang bangga dengan status bukan dara... bukan sesuatu elok pada pandangan masyarakat kita. bagi aku sendiri aku rasa benda macam tu jijik.

cuma sedikit pendapat dikala malam... huhuhu. sekian,

p/s: DaLovac, thanks jemput aku jadi penulis kat sini...
p/s/s: aku tengok orang lain dah start publish entri masing-masing, 
aku pun main bantai je dengan idea macam ni. hehehehe

June 24, 2011

Anime lg..hehe


Maybe ni bende lame...tp aku baru je terjumpe...dan mungkin ade gak yg tak pernah tgk atau tau mengenai ini...jadi...slamat menVIEW...haha


Anime Hang Tuah Bakal Keluar Pada 2011/2012


Hang Towa

OK siapa disini peminat anime? Siapa suka anime Afro SamuraiBlood The Last Vampire Vandred ,Full Metal Panic , Blue Submarine No 6 dan Gatekeeper? Ada berita baik untuk anda. Studio GONZO yang bertanggungjawab melakukan animasi untuk anime diatas akan mengeluarkan siri anime 26 episod bertajuk Satria - The Warriors of the 7 Elements. Anime ini bakal diarahkan oleh Hiroyuki Kitakubo, pengarah yang terkenal dengan anime Blood The Last Vampire.

Satria adalah anime yang menggunakan mitolosi dan legenda dari Asia Tenggara sebagai basis storyline mereka. Gonzo mematerai perjanjian 3 hala bersama dengan studio animasi FUNCEL Malaysia dan jugaFINAS. Anime ini dijangkakan bakal ke udara pada tahun 2011/2012 nanti. Berkemungkinan mempunyai 26 episode dan 24 minit untuk setiap episode.

Sebagai teaser Hiroyuki Kitakubo mengtweet lakaran watak utama Satria beberapa hari yang lalu. Cuba teka apa nama karakter dibawah ini?


Ini ialah Hang Towa. Yep! Hang Tuah versi Jepun!. Gagah perkasa!. Mesti gempak Hang Tuah bercakap dalam bahasa Jepun dan kelihatan tak macam Melayu!. Tapi siapa kisah, asalkan jalan cerita tak lari dari sejarah asal dan perwatakan dan sifat utama beliau.

Berikut Adalah Rekaan Watak Anime Tersebut


Pakaian rasmi mereka kelihatan baik dan sesuai dengan gaya tempatan kita!

Mereka ni mungkin penjahat. Tengok cara pakaian pun dah tahu.

Jumaat

Capai kunci kereta.

Start engine.

Keluar rumah.

Matlamat : Bayar roadtax motor.

Dah sampai.

Farking.

Jumaat Kedah cuti.

Tutup.

 

 

P.S: Common sense hilang. Demmit

zaman mIRC

Salam. hai semua. aku penulis baru dalam blog Pencerita Jalanan setelah dioffer oleh Da Lovac. Isu yang aku nak bincangkan harini ialah, mIRC. aku tertarik dengan entry yang ditulis oleh The Other Khairul, tajuk Kenangan ber-chatting di mIRC


kenangan gila time zaman jahilliah dulu-dulu. dulu kan mana ada internet macam sekarang. tak mampu lagi time tuh nak berinternet bagai ni. kena pergi cyber cafe lah nampaknya. nak dijadikan cerita, ada seorang kawan memperkenalkan mIRC kat aku. tak pasti siapa. itulah start segalanya.

dah cuba-cuba, dah lama addicted pulak.  teringat masa kat kampung, aku dan dua orang sepupu aku dengan gigihnya pergi ke cyber cafe (cc) dekat pekan rembau. okay. bayangkan, kampung aku dekat pilin. nak pergi ke pekan rembau. pilin ke rembau tuh mau makan setengah jam. lama kann? naik bas reramai. time tuh pulak bulan puasa. lagi gila. tapi, aku tak puasa pun time tuh. sebab demam. cehh. demam-demam pun sanggup turun ke pekan rembau tuhh. haha.

dah sampai sana, pergilah ke cc tuh. dengan harapan cc tuh tak tutup. kalau tutup, habislah usaha kitaorang. okay. nasib baik bukak. sampai sana, apa lagi, terus menjalankan operasi berchatting. haha. mIRC begitu popular time tuh tau.

aku selalu gunakan nickname ^syasya91^. see. nama tuh cun kann? sebab nama tuh ramai lelaki nak chating dengan aku. sampai tak terlayan. tab-tab yang kat bawah tuh, penuh dengan chat dari lelaki mostly. haha. ada yang bagi nombor telefon. aku amek jeh. janji nak kol. tapi, kita kan bebudak lagi time tuh, mana ada handphone. public phone adalah. 

lepas dah amek no telefon, aku janji nak misskol, tapi, tak sempat nak kol sebab ramai sangat nak chat dengan aku. abang tuh siap kata, 'cepatlah kol. saya dah standby dah ni.' aku pun macam what the fish. so, aku biarkan jelahh. maleh nak layan. ramai lagi yang tak terlayan. haha.

banyak lagi sebenarnya kenangan mIRC ni. korang mesti penah try kann? tipulahh tak pernah. ekekekke. 

Jom kongsi nak tak? Nak tahu gak cerita korang camner. *wink*

itu sahaja lahh. jumpa di next entry, Insya-Allah. Salam.



June 23, 2011

Kenapa saya jatuh cinta?

kata orang tak kenal maka tak cinta
cinta itu kadang-kadang hadir tanpa kita sedar
tiba-tiba ja dah ter-suka.eh?

kata orang jugak, jangan benci-benci
takut nanti tiba-tiba tersuka
macam mana?

ok tukar topik kejap.
bumi yang kita pijak adalah bumi yang sama
(eh tadi soal jatuh sana sini tapi kenapa sekarang cakap pasal bumi?geografi kah?)
yang membezakan kita cuma mungkin warna kulit rambut dsbg-nya
manusia dicipta berlainan, banyak yang kita dapat belajar antara satu sama lain
jadi dalam proses perkenalan mungkin kita akan terjatuh cinta
(ha ada sync sikit kan dengan statement mula-mula?) hehe

dulu masa di Malaysia, saya masih hidup dalam dunia kita, masyarakat Melayu
saya takut.macam mana kalau tak boleh hidup di tempat orang nanti
ya lah...mungkin mereka bukan macam kita, mereka lain, kita lain
bukan kah kita hidup dalam masyarakat yang berpegang kepada adat dan adab?menjaga tatasusila?

lepas hampir setahun di sini, ada beberapa perkara yang membuatkan saya jatuh cinta, bukan pada seseorang
tapi pada orang-orangnya dan tempatnya
walaupun tempat ni orang kedah boleh cakap "ceruk ulu mana tah"
tapi saya suka.kenapa?

1. orang-orangnya peramah.suka tersenyum.tepi jalan selisih?kat kedai buku?atas bas?sana sini.ok.tolak tepi juga mungkin ada yang masih stereotype dengan kehadiran orang Asia.tapi kebanyakkan semua ramah.ada orang cakap setiap kali berjumpa "Hi, how are you today?" mungkin cuma salah satu adab mereka.manner.mungkin kadang-kadang tak ikhlas pun(takda eye connection) tapi itu sudah cukup untuk buatkan seseorang rasa selesa di dalam 'crowd'.

2. di simpang jalan jarang-jarang tunggu kereta lalu.selalunya pejalan kaki/penunggang basikal yang diberu laluan terlebih dahulu.kadang-kadang kalau saya nampak kereta makin dekat pun selamba sahaja lintas jalan sebab dah tahu mereka akan berhenti. pernah saya berbual dengan rakan, kalau buat macam ni kat tanah air mungkin dah lama arwah. he~ mereka akan utamakan orang yang lebih lemah/kecil. 

3. manners. selalu di kampus, mana-mana pun, lelaki akan bukakan pintu untuk perempuan kalau nak masuk ke tempat yang sama.ok mungkin saya agak bias di sini.ahaha.ada juga sesetengah waktu, yang tua diutamakan atau warga kurang upaya diutamakan.

4. selalu kita lihat dalam cerita-cerita orang putih, orang-orang muda sana sini bergaul bebas.itu adalah salah satu benda yang saya asyik fikir sebelum jejak kaki di sini.sampai sekarang saya rasa orang-orang di sini lebih menjaga pergaulan mungkin.tak pernah/jarang saya nampak lelaki dan perempuan berpeluk-peluk di tempat awam.kiss-kiss tu tak payah cakap la.tak ada pun. -.- pelik kan? pada saya mereka menghormati institusi pendidikan. mereka juga tak pernah bersembang dalam kelas.waktu pensyarah bercakap mereka tumpu(ada la dua tiga kerat facebook-ing). budaya mereka study hard, play hard.

5. mereka juga tepati waktu.kelas pukul 9pagi, 9 pagi dah mula.habis pukul 10 pagi, 10 pagi lah habis.tapi 9.55pagi dah kemas-kemas barang.kelam kabut kami pelajar baru masa baru sampai sini tengok mereka.

setakat ini tu la kot norms, manners yang saya rasa sangat menonjol di mata saya.kadang-kadang saya rasa mereka lebih Melayu dari saya, lebih Islam dari saya juga.(ya kah?). yang baik patut dicontohi, yang buruk tu jangan la diikut pulak. kerana benda-benda yang kecil macam ni lah membuatkan saya jatuh cinta dengan tempat ni walaupun hakikatnya saya macam terbuang di tengah-tengah benua.

hehe sekian.
salam dari perantauan. :p (koya)

Perjalanan Anime aku..tibe2 terjumpe...

aku suka tgk anime..terutama naruto & bleach...bese aku tgk kat Gogoanime dan lg 1 aku tak suka layan manga....
ramai jugak member2 aku yg meminati anime nih...ade yg sanggup abih beratus/beribu nak collect
episode2..dan barang2 anime ni...

1 hari sedang aku belek2 blog org...aku terjumpa entry menarik pasal Naruto

Mesej Dan Unsur Illuminati Dalam Cerita Naruto, Biar Betul?




Salam semua, korang pernah tengok anime Naruto tak?. Cerita tentang seorang remaja ninja yang ada kuasa musang ekor 9 tu. Takkan tak pernah tengok, menipu la. hahaha. Best la. Tak rugi kalau tak tengok lagipun setiap ending dalam episod Naruto tu selalu membuatkan aku tertanya-tanya ape yang berlaku seterusnya. Kan menarik tu?.

Tapi baru-baru ni, aku terdengar dari salah seorang melalui Facebook menyatakan bahawa anime Narutoni mempunyai Mesej & Unsur Illuminati. Wei, biar betul? Biasalah orang kita ni, cakap je pasal isu illuminati dan agenda yahudi mesti ade yang cepat melatah. Terus nak sebarkannya, tapi hakikatnya benda tu hanyalah konspirasi dan rekaan semata-mata tanpa menyelidik dahulu kebenarannya. Di sini aku nak berkongsi satu nota dari Facebook yang menyatakan tentang unsur illuminati Dalam Anime Naruto.

Mesej & Unsur Illuminati Dalam Cerita Naruto
Kenalkah kamu seseorang yang bernama Masashi Kishimoto?. Mungkin ramai yang tak mengenalinya, dia adalah seorang mangaka komik yang berjudul NARUTO dan juga siri yang sudah dianimasikan serta ditayangkan di stesen TV di seluruh dunia pada hari ini. Saya adalah salah satu peminat cerita mangaNARUTO ini, kerana keberkesanan pelukisnya mengolah cerita yang agak kompleks dan menarik ini.

Pelukis ini memang genius dengan meyelitkan pengaruh agama dan budaya sesuatu masyarakat di dalam komiknya itulah gaya pemikirannya, sedang membaca episod manga naruto yang lepas lepas saya terperasan satu watak yang bernama ‘TOBI’ yang amat mirip dengan DAJJAL/ANTICRIST dan ada unsur-unsur illuminati dalam cerita ni. OK, senang cerita saya ringkaskan satu-persatu supaya senang difahami.

Pekara yang perlu anda tahu dalam NARUTO:


1) ORGANISASI AKATSUKI = Antagonis utama cerita ni, AKATSUKI yang bermaksud ‘SENJA MERAH’ ini dianggotai oleh beberapa ninja yang telah mengkhianat atau membelot negara sendiri demi kepentingan dirinya dan bergerak secara sulit dn tertutup.


2) TOBI = TOBI atau UCHIHA MADARA (nama sebenar) adalah pengasas sebuah puak yang bernamaUCHIHA dan juga menubuhkan organisasi AKATSUKI ini, seorang ninja yang telah hidup dari zaman dahulu lagi dalam cerita komik ni dan dikatakan sebagai kehidupan kekal abadi. Dia juga buta pada mata kirinya dan DALANG di balik semua KEBURUKAN dengan memanipulasikan fikiran, pembohongan serta fitnahnya amat luar biasa dan orang yang membuka peperangan Dunia NINJA yang baru.

Mari saya tunjukan lagi unsur-unsur illuminati. Jika anda menganggap ini hanya kebetulan, cuba perhatikan dialog yang dikatakan oleh tobi atau MADARA ini dalam ‘MOON EYES PLAN’:


3) JUUBI (binatang raksaksa) adalah raksaksa bermata satu yang ingin dibangkitkan oleh MADARA yang kebetulan juga bermata satu.


Bentuk asal mata JUBBI. Setelah saya SAMBUNGKAN menjadi simbol:


ADAKAH IANYA KEBETULAN atau ada MESEJ yang ingin disampaikan oleh pelukis ini?

Pain atau nama sebanarnya Nagato adalah ketua AKATSUKI, mempunyai MATA DEWA (Rinnegan)dalam agama Buddha dan mesir, mampu menghidupkan orang yang telah mati dan mencipta sesuatu mengikut kehendaknya. Dihasut oleh MADARA.




Ini pula adalah simbol ILLUMINATI: SAMA? ya SAMA.

PAIN yang sama dengan “Horus” The One-Eyed Sun God (TUHAN MATAHARI “RA” sebutan mesirnya).

5) UCHIHA SASUKE adalah WATAK kedua dalam cerita ni. Menjadi jahat akibat hasutan licik MADARA. Mari tengok.


Mata dia, LOGO HEXAGRAM SATANISM.

ADAKAH INI JUGA KEBETULAN??
Mungkin Masashi Kishimoto ingin kita mengetahui maksud dari MESEJ yang ingin disampaikan, iaitu bahawa kesemuanya itu berkaitan dengan apa yang terjadi dalam dunia REALITI kita sekarang. Watak-watak ANTAGONIS dan tiap-tiap simbol itu ada mengandung maknanya sendiri. Sesiapa yang mengikuti siri komik ini dari mula hingga sekarang pasti terasa persamaan antara watak MADARA yang mirip akan ciri-ciri tentang DAJJAL, PAIN yang mirip akan Horus (DEWA MATAHARI), dan Sasuke yang makin gelap hatinya dan menuju jalan kejahatan dan kesyaitanan.

Pelukis mungkin terbaca akan kisah-kisah ini dan saya amat mengagumi kecerdikan dan idea yang dia selitkan, dia juga tidak lupa menyampaikan MESEJ bahawa Kebenaran akan selalu menang melawan Kejahatan. Ianya sama sahaja seperti kisah Al-Masih Dajjal yang akan dikalahkan oleh Nabi Isa a.s yang dibantu oleh Imam Mahdi di akhir zaman nanti, kan?

Apa pendapat korang? Haha, Perlu ke kita kaitkan semua ini dengan unsur illuminati atau sebaliknya. Seperti mana yang kita tahu, yahudi memang sentiasa merancang untuk melemahkan, menjatuhkan umat islam dari dulu hinggalah sekarang. Tapi, adakah cerita naruto ini benar-benar berkaitan dengan unsur berikut atau hanya rekaan semata-mata ataupun secara kebetulan je terjadi sedemikian.

Nasihat aku la, sebelum kita menyebarkan atau menerima sesuatu seperti notes, video, gambar dan sebagainya atau share apa-apa kat Facebook. Jangan la mudah percaya bulat-bulat benda tu, tengok dulu macam mana, dapat diterima dek akal atau tak, selidik dahulu kebenarannya sebelum menyebarkannya ya.

p/s : walo apepun...aku tetap suke tgk naruto haha...dan kepada tuan punyer entry yg sbnr sry la aku copy2 nih..just for share...hahhaha....

June 9, 2011

Istidraj

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

June 7, 2011

The One and Only

sume harapan n impian aku musnah..
aku meneruskan life aku sbgai sorang student..
tapi aku sunyi..dia ambik 2thn life aku..
n now aku dah x pk boy..kapel jaoh skali..
pengalaman lepas bnyak mngajar aku..dia ada sms aku selepas beberapa hari aku balik dari utm..
dia mntak maaf n mntak aku lupa dia..sengal..ingat mudah ke??dia xde prasaan ke??
dia nak aku mula kan hidup baru n wish gud luck utk aku..
sakit hati aku dgn sms tu..
aku cuma reply thanx a lot n mntak jgn ganggu aku lg..aku gak wish dia bahagia dgn tunang dia..
lepas tu dah xde berita dari dia..


1 april 2010..

3bulan berlalu..bulan ini adalah bulan utk bday dia..aku xdpt lupa bday dia..namun aku dah ok sket dari dulu..
juz pk nk tumpu pada study n dpt kje elok2...n prinsip aku, no boys no cry..
lagi seminggu bday dia..adui la..nape bday dia sgt kacau aku..bila ingat bulan 4, msti ingat bday dia..
hari ni aku cuma ada klas ptg..nasib baek..xde mood nak blaja pg ni..huhu..nak study pn xde mood..so, juz bermalas kt katil la..huhu..
dan aku terlelap..dalam tidur, dia hadir dalam mimpiku..hmm...wajah yg sangat aku rndu muncul d dpn aku..dia senyum dan dia ckp nak jumpa aku..
aku nampak dia nangis...
jam yg aku set pada pukul12tghr brbunyi...aku tjaga dan mematikan jam...hmm...nape ngn dia??tdo siang, mainan tdo je tu...
aku trus bangun dah brsiap utk ke kelas pada jam 2ptg..aku mandi, lunch n solat zohor..dlm doaku, aku pohon kebahagiaan dan keselamatan dia..
air mata aku menitis lagi..

sewaktu kelas dijalankan, handfon aku bergetar..ada call dari 1 nombor yg x dikenali..aku abaikan..kalau penting, orang tu akan call aku lagi..
namun, panggilan itu berlanjutan sehingga 5kali x djawab...aku mula rasa x sedap hati..
selepas klas, aku call nombor tadi...

"assalamualaikum.."
"waalaikummussalam..sape ni??"
"erk..saya tasya, gurl yg bf awk ckp tunang dia hr tu..."
"so??awak nak ape???"
"sabar jap..dgr dlu pe saya nak gtau...sbnarnya, saya bukan tunang dia..saya sepupu dia..n saya tau awak gf dia sejak awal hubungan korang..
n hari tu saya xsangka dia knalkan saya sbgai tunang dia..saya tkejut jugak..awak..dia sakit..dia buat cmtu sbb dia nak putus ngn awak..
dia xnk awak tengok dia sakit..n dia xnk awak merana nnt..dia nk rhsiakan pnyakit dia dr awak.."
"what???dia sakit pe??awak jgn nak wat cerita laa..."tanpa aku sedar, air mata aku laju mengalir d pipi..
"kanser...kanser otak..n skarang pluang dia tipis sgt..doc pun xdpt buat pape dah..dia degil..xnk operate..awak...he's dying..
doc ckp dia mgkin ada masa dlm 3mgu je lagi..skarang, bnyak bnda dia xingat..kanser tu dah serang bhgian ingatan dia.."
aku terduduk, xmampu nak cakap pe ag..
"awak...dia kt mane??"tanya aku dlm esak tangis yg cuba d kawal..
"sabah..saya rsa baik awak dtg..jmpa dia sbelum trlambat.."

teringat balik kata2nya beberapa bulan lps sbelum kitorang putus..

"makcik, nnt dah kwen, n dh tua nnt, kalau saya nyanyuk, awak nk jaga saya x??"
"tapi kalau x salah saya, pratus nyanyuk lg cepat kna kt pmpuan kan..."
"ala...tu kajian laa...jwb laa.."
"mesti la jaga..everythg pasal awak saya jaga punya laa.."
"even saya xkenal awak??"
"yup..insyaAllah."
"kalau saya nyanyuk masa muda ag??maksud saya, b4 kita kawen.."
"ada ke??"
"ada laa...tapi jarang sgt la kot.."
"pakcik betul la dia ni.."
"jwb laaa...."
"hmmm...jap..awak save saya kt mane sbnarnya?? kat otak awak or hati awak??"
"hati laa..npe??"
"ne de org nyanyuk kt hati..ish..so, xde alasan awak nk lupa saya..hehe.."
"hmm..org tnya serious laa..."
"hmmm...camne ek?? ha!! saya akan brkenalan semula ngn awak..dan buat memori baru ngn awak..hehe.."
"awak x tinggal saya n cari org lain??"
"saya sayang awak la...u r the 1 n only kan.."

rupa2nya dari awal prkenalan kami dia dah tau tentang pnyakitnya..patut la dia prnah gtau yg dia sakit kpala..
bila tnya nape, dia ckp sbb stay up buat assignment..tp jarang sgt la dia mengadu..
n dia decide nk putus lepas dia dapat tau ingatan dia akan hilang..sebenarnya dah banyak tanda dia tunjuk kt aku..
tapi aku xpnah nampak..n patut la dia suka ckp pasal mati..n pada masa tu,segala kekuatan aku hilang..

camne aku nak g sabah??tket mahal..bila check tket, plg kurang pn rm400 utk air asia..tu pun utk nex week..
k..aku book yg tu..tpaksa la tunggu lagi seminggu n kebetulan ada cuti khas seminggu masa tu..
tiap2 hari aku doakan kesihatan dia dalam tangisan..terasa lambat masa berlalu..


8 april 2010..

aku menaiki bas utk ke kl..n menaiki teksi utk ke airport..penat pjalanan yg tpaksa aku tempuh langsung x terasa..
demi dia yg aku sayang, cinta..


9 april 2010..day 1

akhirnya, aku tiba di kota kinabalu, sabah..d sana, tasya telah menunggu ketibaan aku..
dan kami terus menuju ke hospital..

sampai d hospital, perasaan aku bercampur baur..
tasya dah gtau aku supaya tabah n sabar bila tengok dia nnt sbb dia bukan lagi org yg sama aku knal beberapa bulan lalu..
pintu ward03 aku tolak perlahan dan aku nmpak sekujur tubuh terbaring lesu, lena d katil..tasya mengekori aku dari blakang..
d sebelahnya seorang perempuan yg agak berusia..aku yakin itu adalah ibunya walaupun kami x pernah bertemu..
aku salami ibunya..kami berpelukan dalam tangisan..ternyata ibunya mengenali aku..dia meminta aku memanggilnya ibu..
ibu memberi laluan dan membiarkan aku dgn si dia...

hampir x ku kenal insan yg amat ku sayang..badannya kurus melidi..mukanya pucat dan kepalanya botak..
sebak...npe sampai macam ni keadaan dia??aku tenggelam dlm tangisan..badan ku sangat lemah..dan aku rebah d tepi katil dia..

awak...sampai hati awak tanggung sakit ni sorang2..awak..siapa saya kt hati awak??
bukan kita dah jnji nk susah senang brsama??n saya dah jnji nk jaga awak..

aku terjaga dan memandang sekeliling..aku mncari kelibat dia..aku nmpak tasya mghampiri ku..

"tasya..dia.."
"sabar wak..awak pengsan..dia dah sedar..pergi la jumpa dia..kt bilik sebelah.."
perlahan2 aku bangun dan memasuki bilik nya..
aku nmpak dia bersandar lesu d katil sambil memegang handfon..bila dia sedar kdatangan aku, dia berpaling padaku, memandangku..
namun, pandangannya kosong..keningnya berkerut tnda x mngenali aku..
dlu, matanya tersenyum setiap kali memandang ku..dugaan apakah ini??

"assalamualaikum.."sapa ku..terasa hangat d mata..namun tepaksa aku tahan..xnak dia nmpak aku nangis..aku duduk atas kerusi d sebelah dia..
dia cuma senyum padaku..
"kita kenal ke??"
aku mengangguk..terasa suara tersekat d kerongkong..
"awak sape??"
"kawan...kawan yg sangat rapat.." x ku sangka itu yg terkeluar dari bibirku..
"oo...sayang??"
aku terkejut..adakah dia memanggil aku sayang??
"erk..sebenarnya tadi saya tgk gambar2 kat handfon..saya rasa ni awak kn??n saya save dlm folder sayang"
dia menunjukkan beberapa gambar yg dsimpan d dalam handfon dia..
"ye saya.."
"nape kita rapat sgt??ni gambar bila??nape saya save awak sbgai sayang??"
tembok air mataku musnah lagi..aku xtau camne nk jwb setiap ptanyaan dia..
"sebenarnya, dulu kita 1 matrix..dh hampir 3 thn kita kenal.."
"oo..sori wak..xtau.."
"awak x ingat saya???"
"maaf..tp knape sayang??"
"sebab awk slalu ckp awk sayang saya.."

tapi..doc ada gtau yg ada kemungkinan ingatan dia akan kembali..tp mgkin skjap je la sbb kanser dia dh besar..
lps tu x ingat balik..tu pn, peratus utk ingatan dia ok sket sgt..
tp, ibu ckp, stakat ni, dia xpernah ag dpt ingat pape n hope kehadiran aku blh tolong pulihkan ingatan dia wlaupn skejap..
shari suntuk aku dgn dia..kami mcm baru kenal balik..tp cpat msra..dia mcm sedaya upaya menyembunyikan sakit yg dia tanggung..


12 april 2010..day 4

3hari berlalu..n hari ni hari ke 4..keadaannya masih x berubah..aku selalu berada disisi mnemaninya..slalu aku ceritakan kisah2 kami dahulu..
tapi aku xgtau dia ape yg aku ceritakan itu trjadi antara kami..aku gtau tu cte yg aku bca dlm sebuah novel..
n dia cuma sbgai pndengar setia..tiap2 hari aku berdoa supaya ingatannya pulih..awak...saya rindu nak dgr awk pnggil saya makcik..
lagi 4 hari bday nya akan tiba..mgkin aku akan sediakan sebiji kek utk dia d hospital..ibu stuju dgn cdngan aku..


13 april 2010..day 5

seperti biasa, aku bangun pada jam 6pg..mmg dah 4mlm aku tdo kt hspital..aku xnk tinggal dia sorang..
lgpun xkn nk bia ibu yg jaga..ayahnya pula uzur..tp xseperti hari2 lain, pagi ini dia bangun awal dr aku..biasanya dia akan dikejutkan pada
pukul7pg utk makan ubat..aku nmpak dia duduk brsandar d katil dan leka dgn handfonnya..

"awak..awal bangun..xleh tdo ea??"
dia memandangku dgn pndangan yg redup..ya!!pandangan yg sama dgn masa matrix dlu!!matanya tersenyum..
"makcik.."berderau darahku mndengar panggilan itu..
"a..awak ingat???"
dia mengangguk...mengalir air mataku..aku memanggil nurse memandangkan doc xde awal pg cmni..
tapi aku dberitahu lagi sjam doc akn tiba..

"makcik.."dgn senyuman dia memandangku..
aku hnya mampu mengangguk..sebak sgt..aku telah memaklumkan pada ibu tentang pkmbangan dia..
"saya rindu awak...dh lama awak kt sni??"
"awak langsung x ingat??"
dia menggeleng..
"4hari.."
"awak jgn tinggal saya k..saya mntak maaf sbb tpu awak..saya xbtunang pn..dia kzen saya..saya syg awk.."
aku sebak..
"xpe wak..xpe..jgn pk smua tu lg..saya pn sayang awak..saya dh tau smua.."
"tapi saya lg sayang awak..haha"
ye...dia dah kmbali..som1 yg xprnah kering idea utk sakat aku..aku tersenyum..dia nmpak agak aktif hari ni..
syukur padamu ya Allah..lg 3 hari bday dia...

14 april 2010..day 6

hari ini doc dah benarkan dia pulang..ingatan dia masih ok..tp, doc ckp jgn menaruh harapan yg tinggi..
walaupun ingatannya dah pulih, tapi ia mungkin utk seketika je..keadaannya yg sebenar adalah sgt kritikal..
pmbedahan dah x brguna lg..kanser dia sgt cepat merebak..dan doc pn pesan gk supaya cpt2 hntar dia ke hospital jika berlaku pape..
aku terpaksa tabah dgn sebarang kemungkinan..tapi hari ni dia mcm sgt shat..
mlm tu aku tdo d rumah dia..n lusa bday dia..


15 april 2010..day 7
d rumah dia..

"hmm..awak.."
"ye.." dia mghampiriku..
"saya nak awak ambil ni balik blh??"
dia mghulurkan 1 kotak kecil padaku..aku mnyambut kotak tsebut dan membukanya..
cincin silver dgn 1 permata..the 1 n only..cincin yg aku pnah pulangkan padanya 1 masa dhulu..
aku mngangguk dan senyum..
"thanx..tau x, sebelum saya kasi cncin ni kt awak hari tu, saya pakai n xpnah bukak tau.."
dia tsenyum..
"ek???"
"ye..."
"awak..saya rasa kn bday saya tahun ni plg bmakna kot.."
"ek??nape??"
"sbb 1st bday sy clbrate ngn awak kn.."
"yup..so??"
"mcm xde prasaan btol mkcik ni.."
"haha..xde la..k..pakcik..awk nk hdiah pe??"
"saya nak makcik saya..."
"ek??makcik shida??nnt saya gi panggil dia.." makcik shida adalah adik kpada ayahnya..
"bukan la.."
"hbs tu??"
"three..hehe.."
"tengok..main2 lak.."
"xdela..k..sesious..saya nak awak.."
"haha..ngade..dah mmg i'm yours kan.."aku ketawa..namun tiada segaris senyuman pada wajahnya..
"saya serious wak..masa saya dh xlama..doc ckp saya ada lg sminggu kan.."
"nape ni..jgn la ckp cmtu.."
"saya dh xde masa utk sembuh.."
"kita kawen.." dia tersentak dan merenung mataku..tajam.
"haha..jgn nk mngarut la..nk jadi janda awal ke??"dia ketawa..
"saya nk kawen ngn awak walaupun skejap..at least kita blh hidup bsama.."
"ntah esok, ntah lusa saya mati.."
"saya nak kawen ngn awak even utk 1jam.."
"kalau saya mati sebelum tu??"
"saya nk jadi wife awak even utk beberapa minit.."
"jgn nk ngarot laa..tolong jgn ckp bnda xlogic blh x??saya xnk kawen dgn awak.."dia terus tinggalkan aku kt stu sorang2..
seriously aku nk kwen ngn dia..even utk beberapa minit atau lg skejap dari tu..
aku merenung cincin d jari manisku..sayu..
besok bday dia..

16 april 2010..

HAPPY BIRTHDAY SAYANG..
aku sibuk d dapur brsama ibu mnyiapkan kek..hari ni kami buat mkn2 sket n jemput gak semua sedara n kwn2 dia..
malam pulak buat doa selamat n solat hajat utk dia..moga Tuhan panjangkan umo dia..

"bu..aku mau kluar kjap.." dia mnggunakan dialek sabah bcakap dgn ibunya..
"ish..kamu ndak shat bah..d rumah jak laa..."
"shat jak bah..kjap jak..awak...boleh la...pujuk ibu..kjap je..jnji.."dia meminta smpatiku..
"ala..saya setuju ngn ibu..tp nak kuar ngn sape??"
"sorang..drive.."
"ndak boleh.."ibunya xmemberi keizinan..
"hmm..ibu..saya temankan??" aku cuba meredakan suasana..
"klu mcm tu, ok jak.." ibunya senyum..setuju..
"erk..xpyh la..awak tolong ibu kat dapur..ala bu..aku boleh drive..aku shat jak..dkat jak..kdai depan sana..mau ambil barang.."
"barang pa??"
"ada laa..."jwbnya sambil memandangku..
"ya la..ya la..balik cepat.."
"baek madam.." terus dia mncium pp ibu..ibu mcm tkejut tapi membiarkan je..
mmg slalu klu nak pergi jauh, contoh klu nak balik uni, dia akan mncium pp ibu..dah trbiasa kot..
"makcik syg..saya gi dlu k..tengok2 ibu tau..bu..aku pegi dlu.."
"ya la..hati2 drive.." ibunya sempat berpesan..

setengah jam kemudian..telefon rumahnya berbunyi..ibu minta aku jawabkan panggilan tu..

"assalamualaikum.."
"waalaikummussalam..ni rumah en. aliff aizam ke??"
"ya..saya kawan dia.."
"cik, en. izam kmalangan..dia d hospital skrang..mnta tolong maklumkan kluarga dia k.."bagai nak luruh jantung aku mndengar brita itu..
"kmalangan??bgaimana keadaan dia encik??"
"dia xsedarkan diri..dia trbabas dan memasuki lorong sebelah..maaf cik..sila ke hospital skrang.."
"baek la..treima kasih encik.."sebak d dada xdpt ku kawal..

aku memaklumkan keluarganya brita trsebut dan kami brgegas ke hospital..

d hospital..belum sempat kami brjumpa dgnnya,
"maaf..ni kluarga en. aliff aizam ke??"
"ye..keadaan dia cmne doc??"
"cik..maaf..kecederaan dia sgt serious dan phak kami dh cuba sedaya upaya..Tuhan lebih mnyayangi dia.."
aku terduduk..ibu memelukku..kami hanyut dlm tangisan..aku cuba tabahkan hati..ya..Tuhan lbh mnyayanginya..
tp knapa begitu awal dia prgi??
doc ckp dia ada lg sminggu kn??

aku dan keluarganya terus mnuju ke bilik d mana dia dtempatkan..mnggigil tanganku memulas tombol pntu...
prlahan2 pntu dbuka..skujur tubuh kaku berselimut kain putih..itu lah yg prtama singgah dmataku..
aku mghampirinya..prlahan2 aku membuka kain yg mnutupi wajahnya...kepalanya berbalut..berderai air mataku..
menurut doc, dia trhantuk pada stereng..n hantukan yg kuat juga dah beri kesan yg bahaya pada kanser yg dihidapinya..

"selamat hari jadi yg ke 21, sayang.."sebak aku menutur ucapan itu..

"awak cik alyaa maisara ke??" satu suara menyapaku dari blakang..aku brpaling, mnyapu air mata..
"ya saya.."
"barang ni saya jumpa di dlm kereta mangsa..saya rasa ia kepunyaan awak.."
aku mnyamput sebuah kotak baldu kecil dan sekeping sampul surat..
"terima kasih.."
kubuka kotak baldu comel tersebut..sebentuk cincin emas dgn sebutir berlian..the 1 n only..sebak..
rupa2nya dia kluar utk membeli cncin ni d kdai..
dan perlahan2 aku mengoyak sampul tersebut dan mengeluarkan sehelai kertas biru dari dlmnya..
biru..warna kgemarannya..

"sayang..
my 1 n only..
saya tau hari ni bday saya..tapi xsalah kan kalau saya nak kasi hadiah utk awak..
kan saya x sempat kasi hadiah bday utk awak hari tu..so, terima la cincin ni..
saya buat keje part time masa blaja, kumpul duit nak beli cincin..
nak tunggu kje takot xsempat..kan dah janji ngn awak nak tuka yg silver kpda emas..
anggap la cincin ni cuma hadiah dari saya..
saya xberani nak lamar awak..masa saya xlama lg dah..
tp prcaya la..saya sayang awak..
awak..
saya mnta maaf sbb pnh kecewakan awak..
sebenarnya saya sendiri pn merana dgn apa yg saya buat..
awak xnk saya ganggu awak kn..kita jauh, x contact n xde berita dari awak mmg buat saya lg sakit..
n kesakitan tu lg menyiksakan dr penyakit yg saya tpaksa tanggung..
saya sayang awak..sbb tu saya buat camtu dgn harapan awak blh cari pengganti saya..
awak..
masa prmohonan ipta dlu, last minit saya tukar prmohonan saya..
saya xnk dekat ngn awak..saya xnk awak tau saya sakit n xnak awak tengok betapa teruknya saya..
awak kekuatan saya..maaf sbb tipu awak..saya x bermaksud..
awak..
kalau saya mati, brmakna saya cintakan awak smpai saya mati..
u r my 1st n last..
u r my everything..
saya doakan awak brbahagia hingga ke anak cucu..

alyaa maisara, aliff aizam tetap sayangkan awak selamanya..
the 1 n only is you"



Source: Here

June 6, 2011

Simbiosis

Susah nak dapat keadaan yang betul simbiosis dalam dunia ni.

Sebab masing-masin ada keinginan dan kemahuan sendiri, kadang-kadang kepentingan diri buat diri nak lebih.normal. manusia memang tak pernah rasa cukup.

Malas

Malas
Malas
Malas
Tiga kali malas dah cukup tunjuk memang aku malas nak buat semua benda..
Dah hilang aku yang dulu
Sebab makin lama, makin nampak dunia ni hipokrit.
Rasa nak penerajang tiap-tiap hari








Sape sudi kena terajang?

June 5, 2011

Semua

Sesetengah orang just tak suka kita main-mainkan apa dia cakap..
Tak semua orang boleh terima apabila dipermainkan..dan tak semua yang boleh menerima jenaka itu semata-mata..