December 8, 2012

Keajaiban Hidup


"Allah telah mengaturkan untuk kita apa yang orang sangka tewas, 
kita akan lihat kemenangan dari sisi Allah. Apa yang orang rasa rugi, 
Allah akan berikan keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tak 
sangka tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan..."

"Cukuplah bagiku Allah, Dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan.."

"Ya Allah, aku serahkan urusan ini kepadaMu.."

October 24, 2012

Kisah apa aku?

Dalam kita hidup bernafas sedut oksigen buang karbon dioksida..
Kita akan susah nak ambil peduli hal sekeliling.
Al maklum..kisah apa aku dengan hidup kau..
Trend baru masyarakat marhaen sekarang..
Baik sama sekampung setaman mahupun sebilik.
Tapi lu semua cari siapa kalau susah?
Mestilah orang sekeliling..
Tapi..tapi...

Kalau orang pun dah naik meluat dengan sikap "kisah apa aku" lu orang tu..jangan harap orang lain pun nak kisahkan lu..

P.S: Masuk kubur baca talkin sendiri..boleh?

September 28, 2012

Dulu dan Sekarang


dulu...
dia suka kat org tu,
dia iklas nak berkawan dgn org tu,
dia rase selesa berkawan ngn org tu,
dia cuba jadi yg terbaik utk org tu,
dia sayang sangat kat org tu,

dulu...
dia rase org tu dapat happykan dia,
dia rase org tu lain daripada yg lain,
dia rase org tu mampu terima dirinya seadanya,
dia rase org tu pun sayang jgk kat dia,

dulu...
dia tak kisah ape org nak kate,
dia tetap akan terus suke dan sayang org tu,
dia tetap sabar walaupun org tu sakitkan hati dia,
dia tetap yakin yg org tu akan sayang dia suatu hari nanti

sekarang...
dia tau yg org tu tak pernah hargai dia,
dia tau yg org tu tak akan pernah suka dia,
dia tau yg org tu tak pernah sayangkan dia,
dia tau yg org tu lebih suka org lain dari dirinya,

sekarang...
dia tau bahawa usaha dia utk org tu sia-sia,
dia tau bahawa dia hanya perasan sorang-sorang,
dia tau bahawa dirinya tak pernah penting dlm hidup org tu,
dia dah mula tawar hati dgn org tu

sekarang...
dah tak ada dia yg nak suka org tu,
dah tak ada dia yg nak sayang org tu,
dah tak ada dia yg akan ambil berat pasal org tu,
dan tiada lagi dia utk menemani setiap saat utk org tu

June 6, 2012

Tak cukup satu.

Dunia ni memang penuh dengan rasa tamak.

Tamak dalam segala hal.

Harta. Pasangan. Anak. Gaji. tapi tak pulak tamak dengan pahala.

Tamak dengan pasangan memang sinonim dengan lelaki.

Rarely dengan perempuan. tapi masih ada!

Tapikan..orang cakap kalau terjatuh hati untuk kali kedua, pilih yang nombor dua.

Sebab kalau betul sayangkan yang pertama, takkan tersayang untuk kali kedua.

Itu kata orang. kata hati?

*makan popcorn saksikan drama*

 

 

 

 

 

 

 

P.S: Pilihan ditangan sendiri. Guna otak, bukan lutut.. Good Luck…..myself.

March 12, 2012

follow the flow

6 tahun, masuk tadika
7 tahun, sekolah rendah
dapat 5A UPSR terus masuk SBP,takpun MRSM paling cikai.
tak dapat 5A masuk jelah sekolah biasa yedak?
belajar tungkus lumus, dapat straight A's, terus apply foundation. takpun apply IPT.
yang malas tak dapat straight A, terus cari kerja, takpun goyang kaki kat rumah tunggu orang pinang *perempuan lettew* huehue

bila habis belajar, terus kerja. menganggur? sapa suruh memilih sangat.
kerja gomen, sampai masa kena pencen. goyang kaki lagi
kerja sendiri, terpulang lah pada diri

semua kita kita ni, memang follow the flow je kan?


February 14, 2012

Hari kekasih

Kau tengok orang sebelah...berpegang tangan bergesel-gesel jantan betina...
kau pandang Depan...si jantan meramas bondot si betina...
Kau pandang belakang..si betina malu-malu genggam tangan si jantan...

Yah...si jantan dan si betina tu semalam bukan main update status facebook
"Esok haram menyambut Hari kekasih...."

Siap dapat 100 likes..

Dunia hipokrit macam tahi.

February 11, 2012

Syukur sikit..


Kau dah lawa..kau letak bedak tebal-tebal..kau mengampu kau ugly..kau bersyukur?

Kau dah hensem..kau pakai celak tebal-tebal semata nak macam 2PM bagai..kau mengampu kau cakap kau tak kacak..kau bersyukur?

Kau cantik..kau letak gincu macam clown..kau memuncung itik konon comel..kau bersyukur?

Kau dah kaya..nak apa cakap dekat mak..melayang RM400 500..kau mana kisah..kau sombong seluruh dunia..kau bersyukur?

Dah..tak payah deny..akan sampai satu point dalam hidup kita nak megah dengan apa kita ada konon kita lebih dari orang...sedarlah...syukur sikit..











P.S: Rare

cinta dan luka


aku,
mencintai. 

sumber : weheartit

kau,
melukai.

begitulah seterusnya.

sehingga kau kenal SETIA.

dan tika itu,

kau,
mencintai.

dia,
melukai.

kerna pada saat itu kau akan mengerti,
apa rasa dilukai.


kopirait : kuya


January 30, 2012

salam perkenalan

salam.
contengan pertama aku. aku budak baru belajar sini. mohon beri tunjuk ajar. merci beaucoup pour l'invitation.

err, tu je kot. maaflah, aku blogger hijau sini.

sampai sini je kot.

January 29, 2012

Kiri Kanan


Kita pandang kiri...kita lampias kiri...
Kita pandang kanan..kita lampias kanan...
Ada saja kita marah..ada saja kita mengamuk..
Tapi pernah kita fikir apa perasaan orang sekeliling itu?

Kita selalu mengulang maaf..maaf...maaf..
tapi kita tak pernah mengenal apa itu maaf..
mengungkap senang..bercakap mudah...
Maaf mampu mengurangkan..tetapi bukan menghilangkan..

Berapa banyak kita ambil kisah apa kita buat seharian..
Berapa banyak kita rasa bersalah menguris hati yang lain..










Tanya dada, tanya hati...kita sudah cukup sempurna untuk menghalakan jari telunjuk untuk mengarah?

January 25, 2012

Gambar

Kita tatap..kita menangis..

Itu memori..itu kenangan..

Itu ugutan masa depan..itu pemisah masa lepas..

Berapa orang ada gambar sebagai memori untuk dikenang?

Gambar..We used to be like that..don't you remember that picture?

Yes..we..

January 24, 2012

Sakit


Cinta kekadang sakit.
Marah sudah pastinya sakit.
Berak pun sakit.
Benci selalunya sakit.
dan Penyakit itu semestinya sakit.

tapi, apa benda yang paling tak sakit?

MATI.

Wallahualam.

Makian

Drama swasta rakyat Maleis.

Bangun pagi..mulakan dengan makian..[Babi mana bising ini hoi]
Tidur malam..sudahi dengan makian..[Celaka diamlah aku nak tidur]

Sebelum makan..mulakan dengan makian..[Haram jadah lambatlah kedai ni]
Selepas makan..sudahi dengan makian..[Babi tak sedap langsung nasi dia]

Sebelum jumpa kawan.[Butuh, mana duit hutang aku]
Selepas jumpa kawan.[Celaka, kau ni tak reti bahasa ke, pergi mampus]

Sebelum belajar.[Bodoh lah..ajar laju mana aku nak paham.]
Selepas belajar.[Haram jadah, satu habuk tak paham padia dia ajaq.]

Tengah atas kereta.[Hoi bodoh, tak reti bawak elok-elok ke celaka?]
Turun dari kereta.[Babi mana parking tak betul ni..]










Ya..babi..celaka..butuh..haram jadah..bodoh..itu selalu kita tak pernah miss..kan?

Rindu.

"Kenapa ni ? Rindu ?"
"Tak."
"Serius ? Jangan bohong pada diri sendiri.."
"Betul. Tak..rindu."
"Then kenapa teringat kat dia bila dia tak ada ni ?"
"He's my friend. Mestilah teringat kan."
"Dahtu, kenapa nangis bila teringat kat dia ? Cakap kawan je. "

"Sebab..sebab..sakit rasanya."
"Teringat kat dia, sebab dia tu one of your friends pun terasa sakit ?" Heh. *senyum sinis*
"Ya..sakit sangat."
"Sebab kau terlalu rindukan dia. Dia yang bukan hanya seorang kawan dimata kau. Tapi someone special buat kau. Kan ? Sakit sebab kau terpaksa pendam rindu kau tu. Kau dah nafikan perasaan kau. Sebab tu kau rasa sakit."
"Aku..aku..sangat...rindukan dia. Sangat." *air mata deras mengalir*




I miss the old times. 
I miss you.